Kesantunan Verbal
Kesantunan Non Verbal
Kesantunan Lisan
Komunikasi
Lisan
· Dikenali sebagai komunikasi verbal .
· Komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang
sedang berbual .
· Kebaikannya :Mengeratkan silaturrahim antara sesama
manusia dan menjalinkan hubungan peribadi antara dua
pihak
· Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktivti seperti perbualan
wawancara, ucapan, pengacara majlis, pengumunan dan arahan dalam
perhimpunan,mesyuarat, protocol pertemuan dengan murid, rakan setugas,
guru,guru besaratau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu dan seumpamanya.
· Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan
:
o Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan
halus
o Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan
bertatasusila
· Penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan
dapat didengar dan dilihat serta-merta.
· Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa
orang yang dilawan bercakap.Buruk budi bahasa kita, buruk pulanya
kemungkinannya tindak balas yang kita terima.
· Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan
yang perlu diambil perhatian ialah :
o Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan
sikap yang sopan
o Suara dan intonasi yang bersopan ( intonasi
merupakan lagu kalimat yang meliputi nada atau tinggi dan rendahnya lagu
kalimat, dan dinamik atau keras dan lemahnya lagu kalimat. )
o Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
o Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
o Penggunaan system panggilan yang betul
o Gaya hidup yang sesuai
o Isi perbincangan yang tidak sensitif
· Dari segi bahas tubuh badan,
aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
ü
Gaya percakapan yang bersopan
ü
Pandangan mata yang sesuai
ü
Gerak laku yang bertatasusila
ü
Mimik muka (ekspresi wajah ) yang positif
ü
Hayunan tangan yang sesuai
ü
Imej sendiri
· Pemilihan kata , ungkapan, ayat
dan gaya haruslah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan
yang berkenaan.
· Dalam semua suasana dan urusan
rasmi, kesantunan bahasa haruslah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam
bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik
daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
· Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan
yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak
laku.
· Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau kedai makan masih
perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
· Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral
seperti ‘cik’ atau ‘saudari’ , ‘encik’ dan ‘saudara’.
· ‘Encik’ dan ‘puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur
yang tidak kita kenal.
· Bahasa yang digunakan perlulah menepati sopan yang berkaitan dengan
sistem sosial.
· Sebagai contohnya, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat
serta pangkat haruslah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.
· Kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri
sendiri seseorang.
Kesantunan Penulisan
·Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam
bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan
datang.
·Kesantunan berbahasa juga dapat dilihat dalam bahan bertulis.
·Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama
ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.
·Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:-
-Surat kiriman rasmi, Laporan, Kertas kerja, Ucapan rasmi, Pidato, Minit mesyuarat
·Bentuk komunikasi
bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan, ahli
keluarga, ibu bapa dan lain-lain.
·Dalam bentuk
komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:
-Penggunaan kata panggilan yang betul
-Kata sapaan yang betul
-Gaya bahasa yang betul
-Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
-Isi yang tidak sensitive
·Strategi Kesantunan
Negatif / Formal:
-Penutur menjaga air
muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
-Biasa berlaku dalam
kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara
orang muda dengan orang yang lebih tua.
·Strategi Kesantunan
Positif / Keakraban :
-Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif
pendengar.
-Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau
pihak-pihak yang berhubungan akrab.
Comments
Post a Comment