Skip to main content

Jenis Peraturan Berbahasa

Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu. Contohnya, apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu mengamalkan santun bahasa.


Peraturan tersebut terdiri daripada 3 : 

  • Peraturan Linguistik
  • Peraturan Sosiolinguistik
  • Peraturan Pragmatik


i.     Peraturan Linguistik

  • Peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
  • Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa.
  1. Sebutan
  2. Intonasi
  3. Tatabahasa
  • Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi. Bagi urusan tidak rasmi, kadang-kadang pengaruh dialek bahasa akan digunakan oleh penutur.
  • Peraturan tatabahasa yang betul mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi. Contohnya penggunaan tanda baca seperti ? , . dalam
  1. Komunikasi Bertulis
  2. Komunikasi Lisan

    Contoh tanda baca


    • Intonasi percakapan rendah apabila bercakap dengan ibu bapa/orang yang lebih tua. Intonasi percakapan tinggi tidak dianggap biadap jika berinteraksi dengan sahabat handai yang rapat.   
    • Sebutan perkataan hendaklah jelas, tepat dan halus supaya dapat menyampaikan mesej dengan baik serta santun.
    • Sebab peraturan linguistik mesti dipatuhi

    1. Untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan/majlis 
    2. Untuk memastikan bahawa semua yang hadir/terlibat dengan urusan/majlis rasmi itu dapat mengurangkan jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek/keragaman bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak.


    ii.     Peraturan Sosiolinguistik



    • Penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara 

    1. Pembicara - Pendengar ( dalam konteks komunikasi lisan )
    2. Penulis - Pembaca ( dalam konteks komunikasi tulisan )

    • Peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain. Contohnya, penggunaan kata sapaan yang betul sama ada kata ganti diri atau kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.
    • Dalam urusan/majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul kerana ianya amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.

    1. Penggunaan gelaran - Tun, Tan Sri, Dato', Dato' Seri dan lain-lain
    2. Panggilan hormat     - Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Bahagia, Yang Berbahagia, Yang Berhormat Mulia dan sebagainya
    3. Kata ganti nama diri - Tuan, Puan

    • Dalam suasana tidak rasmi juga diperlukan penggunaan gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara. Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.
    • Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.


    iii. Peraturan Pragmatik


    • Untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan tetapi berkesan
    • Cara percakapan dapat menggambarkan perasaan kita
    • Penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi
    • Pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai

    Comments

    Popular posts from this blog

    Kesantunan Berbahasa

    2.1 Konsep Kesantunan -Menurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan. -Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:      I.   Halus     II.   Nilai rasa yang baik   III.   Penuh kesopanan   IV.   Berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi -Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang baik,  sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. -Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat. -Konsep kesantunan merangkumi aspek-aspek berikut: a. Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus       *Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket...

    Strategi Kesantunan

    Strategi Verbal Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis. Bahasa halus digunakan dengan meluas supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi. Contoh: terima kasih, selamat datang, minta kerjasama Kesantunan verbal melibatkan intonasi yang sesuai, penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat, penggunaan kata ganti nama diri Contoh Penggunaan strategi kesantunan verbal Strategi Toleransi Contoh: Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu mesyuarat. Strategi Bertimbang Rasa Contoh:  “Saya rasa lebih baik jika kamu berehat dahulu memandangkan kesihatan kamu kurang baik”. Strategi Memberi Salam Contoh:  Mengucap “Assalamualaikum” atau “selamat pagi” apabila bertemu orang lain. Strategi Bersopan Santun Contoh:  Menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan keadaan Strategi Ramah Mesra Contoh:  Mengalu-alukan kedatangan tetamu k...

    Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia

    1.1    Pengertian Budi ·  Perkataan Budi barasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia. ·   Secara amnya, budi boleh didefinisikan sebagai akal dan kebijaksanaan, atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik. ·   Budi bermaksud sentiasa berbaik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tanpa kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Bak kata pepatah ‘Budi Baik Dikenang Juga, jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa. ·  Menurut Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman. ·   Budi juga merupakan suatu tabiat, kelakuan, perwatakan, perlakuan, bahasa ataupun pertuturan. Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi. ·   Sebagai contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang men...